suria

Tuanku Mizan Saksi Perlawanan Akhir Piala Thomas

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Piala Thomas di antara China dan Indonesia di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, hari ini.

Seri Paduka, yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, turut menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan China yang muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Kira-kira 8,000 orang, kebanyakannya terdiri daripada penyokong Indonesia, membanjiri Stadium Putra untuk menonton perlawanan itu.

Artikel Sebelum

Webber Takluk Monaco

Artikel Berikut

Artikel Lain