suria

Lin Dan Tetap Unggul: Taufik

Lin Dan (kiri) bersama piala Thomas yang dimenangi pasukannya selepas berjaya menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir kejohanan Piala Thomas, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Melihat kepada prestasi pemain perseorangan China Lin Dan, Taufik Hidayat dari Indonesia menegaskan tidak mustahil pemain nombor dua dunia itu berpeluang cerah untuk meneruskan keunggulannya pada Sukan Olimpik 2012.

"Jika dia mengekalkan persembahan sebegini, dia pasti ada peluang meraih pingat emas di Olimpik kelak," katanya.

Pemain nombor tiga dunia itu menyifatkan mungkin sekarang Lin Dan berada di kemuncak kariernya tetapi andai ada pemain baru yang lebih baik kelak, era kegemilangannya akan berakhir jua.

Jelasnya, Lin Dan berada dalam kelas yang sama seperti jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Taufik berkata, Lin Dan mempamerkan persembahan sempurna pada pertandingan ini tetapi baginya setiap pemain ada kelemahan masing-masing, sama seperti Chong Wei.

Dia meminta maaf kepada semua penyokong Indonesia yang hadir kerana gagal merampas Piala Thomas dari China pada kejohanan kali ini.

"Permainan di sini tiada bezanya dengan aksi di Senayan dua tahun lalu. Saya minta maaf dengan kekalahan ini. Tiada siapa mahu kalah tetapi saya sudah cuba melakukan yang terbaik," katanya.

Artikel Sebelum

Webber Takluk Monaco

Artikel Berikut

Artikel Lain