suria

Rosmah Sedih Skuad Badminton Negara Tewas

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menzahirkan rasa sedihnya di atas kekalahan skuad Piala Thomas negara di tangan pasukan China pada perlawanan separuh akhir di Bukit Jalil semalam.

Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu bagaimanapun tetap optimis pasukan badminton negara masih berpeluang merebut kembali Piala Thomas pada perlawanan akan datang setelah kali terkahir pasukan negara memenangi piala tersebut pada tahun 1992.

"Saya sedih dan minta maaf dengan kekalahan yang menimpa pasukan badminton kita pada perlawanan separuh akhir Piala Thomas di Bukit Jalil semalam. Apa pun, China benar-benar handal dalam badminton," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Tokoh Ibu Cemerlang Parlimen Cheras sempena sambutan Hari Ibu anjuran Wanita Umno Cheras di sini hari ini.

Rosmah bagaimanapun turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pasukan skuad negara kerana telah berusaha gigih untuk kejohanan itu.

"Harap dapat buat persiapan cemerlang bagi menghadapi perlawanan Piala Thomas dua tahun lagi.

"Juga saya ucapkan terima kasih kepada peminat dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang perlawanan," katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam, skuad negara terpaksa akur dengan kekuatan China apabila tewas 0-3.

Artikel Sebelum

Webber Takluk Monaco

Artikel Berikut

Belia Jaguh Negara

Artikel Lain