suria

Larian Baton Sukma Tiba Di Bandar Bersejarah Melaka

MELAKA: Acara larian baton Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, tiba di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Laksamana dan DU NBandar Hilir di sini hari ini, dengan melalui kawasan bersejarah.

Larian peringkat ke-19 itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana larian di DUN Kota Laksamana melibatkan jarak 12km manakala DUN Bandar Hilir pula sejauh 10km.

Antara kawasan bersejarah yang dilalui para peserta ialah Tengkera, Kampung Morten, Kampung Jawa, Perkampungan Portugis dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Peserta turut menaiki bot menyusuri sungai Melaka dari Taman Rempah hingga Quayside, berhampiran muara sungai itu.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Ali mahukan semua atlet Sukma Melaka berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan Melaka menjadi juara Sukma pada kali ini.

Beliau mahu semua persatuan sukan yang terlibat memberi sepenuh perhatian dalam misi mencapai kemenangan itu.

Katanya acara larian baton itu diharap akan mendorong orang ramai tampil menyokong atlet Melaka dan memeriahkan temasya dwitahunan itu.

Artikel Sebelum

Webber Takluk Monaco

Artikel Berikut

Belia Jaguh Negara

Artikel Lain