suria

Korea Ranap Impian China Pertahan Trofi

Jung Eun dan Kyung Won meraikan kemenangan mereka bersama rakan sepasukan. Foto S.S Kanesan
Jung Eun dan Kyung Won meraikan kemenangan mereka bersama rakan sepasukan.  Foto S.S Kanesan
Jung Eun dan Kyung Won meraikan kemenangan mereka bersama rakan sepasukan. Foto S.S Kanesan

KUALA LUMPUR: Korea Selatan mencatat sejarah apabila menjulang trofi Piala Uber buat pertama kalinya selepas menewaskan China, 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, hari ini.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan penantian mereka yang pernah bertemu dengan China dalam enam perlawanan akhir terdahulu.

Pemain perseorangan Korea yang menduduki ranking ke-16 dunia, Bae Seung Hae mencatat kemenangan mengejut ke atas pemain nombor satu dunia dari China, Wang Yihan 23-21, 21-11.

Turut meniup kejayaan Korea adalah pasangan beregu pertama, Lee Jung Hyo/Kim Min Jung yang mempamerkan permainan bertenaga sehingga memaksa gandingan mantap Ma Jin/Wang Xiaoli melakukan banyak kesilapan.

Walaupun tewas pada set pertama, mereka berjaya bangkit pada set kedua sebelum mengheret perlawanan ke set penentuan. Pasangan dari Korea itu menang 18-21, 21-12, 21-15.

Di saat Korea mengharapkan mata ketiga untuk dinobatkan selaku juara lebih awal, pemain perseorang kedua Korea, Sung Ji Hyun tewas kepada Wang Xin dari China 14-21, 21-16, 17-21.

Wang, pemain nombor satu dunia itu berjaya menghadiahkan mata pertama untuk China.

Pasangan beregu kedua, Lee Kyung Won/Ha Jung Eun diangkat sebagai wirawati apabila memberi mata kemenangan 3-1 kepada Korea.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana mendebarkan bagi kedua-dua pasukan itu mereka berjaya menjinakkan pasangan China, Du Jing/Yu Yang 21-19, 14-21, 21-9 selepas berhempas pulas selama satu jam dan 18 minit.

Artikel Sebelum

Webber Takluk Monaco

Artikel Berikut

Belia Jaguh Negara

Artikel Lain