suria

Pertemuan Dengan Malaysia Berat Bagi China: Li Yongbo

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih China Li Yongbo berkata pertemuan dengan Malaysia pada peringkat separuh akhir Piala Thomas esok, bukan sesuatu yang mudah bagi pasukan dari negara Tembok Besar itu.

Katanya penilaiannya itu adalah berdasarkan prestasi hebat yang dipamerkan pasukan tuan rumah ketika mengalahkan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir semalam.

"Ketua pasukan Lee Chong Wei dan semua pemain begitu bersemangat untuk menang semalam. Saya rasa mereka akan beraksi dengan baik pada perlawanan separuh akhir nanti," katanya hari ini.

"Ini akan memberi kelebihan psikologi untuk permain Malaysia dan beliau berharap Malaysia dapat menampilkan persembahan terbaik mereka.

Yongbo berkata walaupun standard pemain Malaysia lebih rendah berbanding kemampuan anak buahnya, namun pasukan tuan rumah memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri dan pasti mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan.

Katanya Malaysia terpaksa mengharungi laluan sengit untuk layak ke separuh akhir manakala pasukannya belum menerima tentangan dalam saingan peringkat kumpulan.

Bekas pemain beregu handalan dunia ini berkata pada mulanya dia menjangka Denmark akan layak ke sepraih separuh akhir berikutan kekalahan mengejut Malaysia di tangan Jepun pada perlawanan dalam Kumpulan B.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain