Forlan Permata Uruguay, Atletico - Sukan | mStar

Forlan Permata Uruguay, Atletico

Gol kedua Forlan gagal diselamatkan penjaga gawang Fulham, Mark Schwarzer (kanan). Foto AP
Gol kedua Forlan gagal diselamatkan penjaga gawang Fulham, Mark Schwarzer (kanan). Foto AP

HAMBURG: Walaupun sering dikritik penyokong Liga Perdana Inggeris (EPL) suatu ketika dulu kerana beraksi hambar dan dilihat kurang menjadi, penyerang kebangsaan Uruguay, Diego Forlan berjaya membuktikan persepsi buruk terhadapnya salah sama sekali.

Kehebatan Forlan terbukti apabila jaringannya pada minit ke-116 membantu Atletico Madrid menamatkan kemarau kejuaraan selama 14 tahun selepas menewaskan Fulham 2-1 pada perlawanan akhir Liga Europa di Hamburg, awal pagi tadi.

Perlawanan itu terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Tuah nyata mengiringi Atletico apabila Forlan meledakkan gol kemenangan sekali gus memusnahkan harapan pasukan kendalian Roy Hodgson.

Selepas mempamekan aksi memberangsangkan bersama Atletico musim ini, kehebatan Forlan mula digeruni di seluruh pelosok benua Amerika Selatan dan Eropah.

Jika di England sebelum ini, karier Forlan bersama Manchester United agak suram dan pada satu tahap dia dilabelkan sebagai Diego Forlorn selepas gagal menjaringkan sebarang gol selama lapan bulan.

Sejak meninggalkan Old Trafford pada 2004 untuk beraksi bersama Villarreal dan kemudian Atletico Madrid, Forlan menemui kehidupan baru apabila menjaringkan purata hampir satu gol pada setiap dua perlawanan namun pencapaiannya masih tidak disedari di England.

Kini, Forlan bertindak sebagai tonggak utama Atletico, menjaringkan dua gol dalam dua pusingan separuh akhir Liga Europa ke atas Liverpool dan dua lagi ketika menundukkan Fulham 2-1 di Hamburg, awal pagi tadi.

Penyerang berusia 30 tahun itu yang memenangi anugerah Kasut Emas kerana menjadi penjaring terbanyak di Eropah mengakui dia melalui pengalaman pahit bersama United walaupun tidak menyimpan sebarang dendam terhadap juara EPL untuk tiga musim berturut-turut.

"Sebaik saja saya meninggalkan United, saya bermain bersama pasukan terbaik, beberapa pemain hebat tetapi sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri.

"Saya memberitahu Sir Alex Ferguson bahawa saya mahu meninggalkan United dan sentiasa diturunkan dalam kesebelasan utama. Oleh itu saya berada di sini," katanya.

Forlan menjaringkan 23 gol dalam 61 penampilan bersama Uruguay dan bersedia untuk mengemudi jentera serangan pasukan itu pada aksi Piala Dunia di Afrika Selatan.

Baginya, membantu Atletico memenangi gelaran pertama dalam tempoh 14 tahun lebih menggembirakan berbanding meraih anugerah secara individu.

"Saya amat gembira untuk meraikan detik gol kemenangan saya ke atas Fulham. Tahun lalu amat menakjubkan dengan anugerah Kasut Emas, tahun ini pula saya berjaya membantu pasukan memenangi gelaran juara Liga Europa," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hoki: Malaysia Ada Peluang Ke Final

Artikel Berkaitan

default image

S1K Kembali Gegar SIC

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain