suria

Keputusan Piala Thomas: Malaysia lawan Jepun

BERIKUT adalah keputusan perlawanan peringkat Kumpulan B Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun yang berlangsung sebentar tadi.

Lee Chong Wei menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-13

Perlawanan sebentar tadi sekali lagi mempertemukan Chong Wei dengan seterunya pada kejohanan All England, Tago.

Begitupun, Chong Wei berjaya melakukan beberapa pukulan tajam untuk mematikan lawannya pada perlawanan pemanas badan pertama skuad Piala Thomas negara selepas menang percuma ke atas Nigeria Ahad lalu.

Sementara itu, Koo Kean Keat/Tan Boon Heong mengalahkan Noriyasu Hirata/Hirokatsu Hashimoto 21-13,21-17

Gandingan beregu utama negara hanya mengambil masa selama 27 minit untuk menundukkan lawan dari negara matahari terbit.

Kedua-duanya mempamerkan aksi bertenaga pada perlawanan pertama yang dianggap sebagai pemanas badan sebelum saingan suku akhir esok.

Dalam pada itu, perseorangan pilihan kedua negara, Wong Choong Han kalah kepada Sho Sasaki 17-21, 18-21.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain