suria

Kelantan Di Tangga Kedua Liga Super Selepas Tumpas Johor 4-1

JOHOR BAHARU: Kelantan tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Liga Super musim ini apabila berjaya menewaskan Johor 4-1 di Stadium Larkin di sini malam ini.

Kemenangan mengutip tiga mata penuh itu meletakkan Kelantan di tangga kedua saingan liga dengan 31 mata, empat mata di belakang Selangor.

Mohamad Badri Radzi membuka tirai jaringan pada minit ke-16 sebelum Johor menyamakan kedudukan menerusi Rosaiful Nizam Omar pada minit ke-21.

Bagaimanapun, tendangan penalti yang disempurnakan oleh Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-33 diikuti oleh jaringan sekali lagi oleh Mohamad Badri telah melenyapkan harapan Johor.

Kelantan menutup tirai jaringan menerusi bekas pemain antarabangsa Khairuddin Omar pada minit ke-78. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain