suria

Denmark Atasi Poland Dengan Mudah

KUALA LUMPUR: Pasukan pilihan keempat, Denmark, membuka saingan Kejohanan Badminton Piala Thomas dengan membenam Poland 5-0 pada perlawanan kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Mata pertama Denmark diperoleh menerusi pemain berpengalaman Peter Gade yang menundukkan pemain utama Poland Przemyslaw Wacha 21-9, 21-9.

Gandingan Carsten Mogensen/Mathias Boe menambah mata kedua Denmark selepas menewaskan Adam Cwallina/Michal Logosz 21-15, 21-15.

Pemain perseorangan ketiga Denmark, Jansen O Jorgensen menjanjikan mata kemenangan Denmark dengan mengatasi Hubert Paczek 21-15, 21-16 manakala beregu Lars Paaske/Jonas Rasmussen menjadikan kedudukan 4-0 dengan menewaskan Lukasz Moren/Michal Rogaiski 21-11, 21-14.

Joachim Perrson memungut mata terakhir bagi Denmark apabila menjinakkan Rafal Hawei 21-11, 21-12.

Artikel Sebelum

Artikel Lain