suria

Lotus Racing Perkenal Barangan Pasukan

BARCELONA: 'Saya mahu melihat lautan peminat berbaju hijau pada setiap perlumbaan dan ke mana saja saya pergi di seluruh negara. Itulah kata-kata yang diungkapkan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes selepas pasukan itu melancarkan pelbagai pilihan barangan terbaru mereka.

Menurut beliau, pelancaran itu merupakan cabaran kepada setiap peminat di seluruh negara untuk membuktikan bukan saja pasukan bola sepak dan band yang memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memakai baju pasukan kegemaran mereka.

Kini, tiba giliran peminat Formula 1 untuk menunjukkan maksud sebenarnya Lotus Racing kepada mereka.

Lotus Racing menjadi pasukan terbaru pertama melancarkan pelbagai pilihan baju dan aksesori menarik yang boleh didapati dari laman web http://shop.lotusracing.my, bermula pada Grand Prix Barcelona hujung minggu ini.

Antara barangan yang boleh didapati dalam saiz lelaki, wanita sehinggalah kanak-kanak adalah:

*Baju polo dan baju pasukan - sama seperti yang dipakai oleh pasukan Formula 1 di dunia. *Baju-T Heikki dan Jarno *Baju-T Lotus Racing bernombor 18 dan 19 *Baju polo pasukan berwarna hijau ikonik

Pelbagai pilihan aksesori seperti lanyard, payung dan bendera pasukan juga boleh didapati dalam British Pound, Euro, Dolar dan Ringgit Malaysia.

Tawaran istimewa dan diskaun akan diperkenalkan sepanjang musim ini dan bermula pada Grand Prix British peminat-peminat boleh membeli barangan seperti topi, beg galas, lebih banyak pilihan baju-T untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, botol air, pemegang kunci, teg bagasi dan pen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chong Wei Jadi Duta Samsung

Artikel Lain