Liga Super: Kelantan Gagal Kutip Mata Penuh - Sukan | mStar

Liga Super: Kelantan Gagal Kutip Mata Penuh

KUALA LUMPUR: Kelantan gagal mengutip tiga mata penuh untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Selangor apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 3-3 dengan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darulmakmur, Kuantan malam ini.

Pahang yang menanti Kelantan di gelanggang sendiri pada perlawanan pertama pusingan kedua liga nyata bukan lawan yang mudah apabila memaksa pelawat berhempas pulas untuk mencatatkan keputusan seri walaupun membuka jaringan seawal minit keenam melalui Mohd Norfarhan Muhammad.

Skuad Tok Gajah yang dibimbing Dollah Salleh bangkit 'mengamuk' menjaringkan tiga gol selepas itu melalui Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-34 dan dua gol sumbangan Hasmizan Kamaridon pada minit ke-37 dan 46.

Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke-87 apabila S.Chanturu merapatkan kedudukan sebelum Mohd Nizad Ayub menjadi penyelamat 'The Red Warriors' dengan jaringan pada minit ke-90.

Keputusan ini membolehkan Kelantan kekal di tangga kedua liga mengumpul 29 mata, ketinggalan enam mata di belakang Selangor yang menundukkan Johor FC 4-1 di Stadium Shah Alam, semalam.

Terengganu pula kekal di tangga ketiga liga dengan 27 mata apabila turut mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Tuan rumah membuka jaringan awal melalui Abdul Manaf Mamat pada minit ketiga namun pelawat menyamakan kedudukan menerusi Mohd Khyril Muhayameen Zambri pada minit ke-50 untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Sementara itu, jaringan tunggal Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-89 pula mengecewakan Negeri Sembilan apabila tewas 0-1 kepada T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kuala Lumpur yang dibimbing Razip Ismail pula menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras dengan kedua-dua gol dijaringkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ketujuh dan 71.

Johor pula menewaskan Perlis 3-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin manakala KL Plus terikat 1-1 dengan Perak di Stadium Perak di Ipoh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain