suria

Korea Benam Mesir 6-0, India China Seri

IPOH: Korea Selatan menepati status selaku gergasi Asia apabila membenam Mesir 6-0 pada perlawanan pembukaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-19 di sini semalam.

Pasukan Korea menampilkan persembahan pantas dan bertenaga untuk mendahului 4-0 pada babak pertama dengan penyerang muda Nam Hyun Woo menjadi wira pasukan dengan jaringan hatrik.

Jurulatih Korea, Shin Seok Kyi berkata kejohanan itu merupakan gelanggang ujian bagi persiapan menghadapi Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China, pada November ini.

"Tujuh atau lapan pemain dalam skuad ini akan beraksi pada Sukan Asia dan di sini kami berharap untuk layak ke perlawanan akhir," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Dalam satu lagi perlawanan, juara bertahan India terpaksa menunggu sehingga saat akhir untuk menyamakan kedudukan 1-1 menentang China.

Bagaimanapun, China melakukan kejutan menerusi jaringan Sun Tianjun pada minit ke-13 sebelum India membalas menerusi Ravi Pal pada minit ke-69.

Bagi jurulatih China, Zhuang Xiadong, serangan bertali arus oleh India pada babak kedua itu memaksa mereka lebih banyak bertahan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain