Beregu Penentu Kemenangan Malaysia, Kata Jalani Sidek - Sukan | mStar

Beregu Penentu Kemenangan Malaysia, Kata Jalani Sidek

KUALA LUMPUR: Nasib Malaysia untuk mara ke separuh akhir Piala Thomas 2010 bakal ditentukan oleh pasangan beregu, kata bekas pakar beregu negara Jalani Sidek.

Menurutnya andaian itu dibuat berdasarkan keputusan perlawanan akhir acara beregu lelaki yang sering berubah dan tidak konsisten pada kejohanan Siri Super sejak awal tahun lepas.

"Persaingan acara beregu adalah lebih terbuka sedangkan juara dan naib juara perseorangan hanya berlegar di antara pemain ranking nombor satu hingga empat dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jalani dan abangnya Razif merupakan gandingan beregu dalam skuad Malaysia yang kali terakhir menjulang Piala Thomas di Stadium Negara di sini pada 1992.

Kapten skuad Piala Thomas negara Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain nombor satu dunia diikuti Lin Dan (China), Chen Jin (China) dan Peter Gade dari Demark dalam senarai ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung selama lapan hari di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, mulai Ahad ini.

Ranking semasa beregu lelaki diketuai pasangan negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong diikuti Jun Jae Sung/Lee Yong Dae (Korea Selatan) dan beregu Indonesia Markis Kido/Hendra Gunawan.

Beregu keempat dunia adalah Mathias Boe/Carsten Mogensen (Denmark) di susuli oleh Guo Zhendong/Chen Yu (China), Lars Paaske/Jonas Rasmussen (Denmark) dan Cai Yun/Fu Haifeng dari China.

Jalani berkata berdasarkan graf kemenangan bagi juara beregu, ketujuh-tujuh pasangan beregu utama dunia itu sering berentap sesama sendiri dalam semua kejohanan Siri Super sejak tahun lepas.

"Kecuali kemunculan pemain perseorangan baru dari Jepun, Kenichi Tago, yang tewas kepada Chong Wei pada final All England, juara acara beregu masih didominasi di antara ketujuh-tujuh pasangan beregu tersebut," katanya.

Artikel Sebelum

Ada Ganjaran Jika Menang: Rosmah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain