suria

T'Team Tagih Bisa Khalid Jamlus Lawan Negeri Sembilan

KUALA TERENGGANU: T'Team barharap dapat menggunakan khidmat bekas pemain kebangsaan Muhammad Khalid Jamlus ketika bertemu Negeri Sembilan di Paroi pada 8 Mei ini.

Pengurus T'Team Rosdi Awang berkata, permohonan telahpun dihantar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihaknya mengharap keputusan segera dibuat FAM berhubung perkara itu.

Penyerang itu mengikat kontrak dengan pasukan T'Team untuk bermain dalam liga tersebut, Jumaat lepas.

Rosdi berkata langkah T'Team itu juga bertujuan untuk mencukupkan kuota T'Team, selain memberi peluang pemain itu menghidupkan semula bakatnya supaya tidak terus berkubur setelah disingkirkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.

Artikel Lain