suria

Sistem Pendaftaran Persatuan/Kelab Sukan Dalam Talian

KUALA LUMPUR: Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) dijangka memperkenalkan sistem pendaftaran persatuan dan kelab sukan dalam talian Jun ini, kata Pesuruhjaya Sukan Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf.

Katanya "Sistem Maklumat Badan Sukan' yang dibangunkan itu akan menggantikan sistem pendaftaran secara manual.

"Melalui sistem ini, pegawai persatuan tidak lagi perlu bersusah payah datang mengisi borang pendaftaran di PPS sebaliknya mereka boleh melakukannya di rumah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Nik Mahmud berkata, selain pendaftaran, pembayaran yuran pendaftaran juga boleh dilakukan dalam talian dengan menggunakan perkhidmatan "Maybank2u".

"Setelah pembayaran dibuat oleh pemohon, PPS akan memproses permohonan tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain