suria

Impian Sorensen Beraksi Pada Piala Dunia Masih Cerah

LONDON: Impian penjaga gol Stoke City, Thomas Sorensen untuk beraksi pada Piala Dunia Jun ini masih cerah selepas disahkan oleh doktor sikunya yang terkehel mungkin akan sembuh sebelum kejohanan itu bermula.

Pemain antarabangsa Denmark itu mengalami kecederaan tersebut ketika menentang Chelsea Ahad lalu yang menyaksikan Stoke dibelasah 7-0.

Pada mulanya pasukan perubatan kelab mendapati kecederaan pemain berusia 33 tahun itu agak serius tetapi selepas diakses semula, mereka memutuskan kecederaan itu tidak memerlukan pembedahan.

Sepanjang pusingan kelayakan Piala Dunia, pasukan Denmark menamatkan kempen mereka dengan mengungguli kumpulan yang mengandungi pasukan-pasukan seperti Portugal dan Sweden malah hanya tewas satu daripada 10 perlawanan kelayakan.

Mereka telah diundi untuk berada dalam kumpulan E bersama-sama Holland, Jepun dan Cameroon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain