Hammer Umum Jual Semua Pemain Utama Kecuali Mr West Ham - Sukan | mStar

Hammer Umum Jual Semua Pemain Utama Kecuali Mr West Ham

LONDON: Semua pemain skuad West Ham United kecuali Scott Parker akan dijual, demikian menurut pemilik kelab tersebut semalam.

Ini bermakna, tiga pemain England - penjaga gol Robert Green, pemain pertahanan Matthew Upson dan Carlton Cole - akan disenaraikan untuk dijual bagi mengurangkan bebanan membayar gaji pemain-pemain yang buat masa ini mencecah pound sterling 60 juta setahun.

West Ham berharap, pemain-pemain antarabangsa mereka akan dapat dijual pada harga yang tinggi.

Satu-satunya pemain yang terselamat ialah Parker yang kini digelar Mr West Ham setelah gol kemenangannya ke atas Wigan hujung minggu lalu secara matematiknya menyelamatkan kelab itu daripada terjerumus ke Divisyen 2.

Pemilik West Ham, David Sullivan berkata, perjuangan sepanjang musim kelab itu untuk berada satu takuk di lembah penurunan ke divisyen yang lebih rendah bukanlah satu pencapaian yang baik.

Apatah lagi katanya, pada musim hadapan situasi akan menjadi lebih sukar dengan kembalinya kelab-kelab yang lebih besar dan mempunyai sejarah yang panjang dalam Liga Perdana seperti Newcastle United, West Bromwich Albion dan kemungkinan juga Nottingham Forest.

Sullivan menambah, pihaknya telahpun melantik agen untuk mencari pemain dan bakat-bakat baru untuk mengisi kekosongan skuad utama musim hadapan termasuklah bakat-bakat muda dari Amerika Selatan dan juga pemain-pemain Perancis serta Jerman.

"Kalau ikutkan hati saya nak beli pemain-pemain tempatan tetapi malangnya harga pemain Inggeris sekarang di luar kemampuan kami," kata Sullivan lagi.

Dalam pada itu, Sullivan enggan menjawab atau mengesahkan masa depan pengurusnya, Gianfranco Zola yang menurut sumber-sumber dalaman mahu meninggalkan kelab itu tidak kira sama ada West Ham terselamat daripada disingkirkan dari Liga Perdana.

Malah beberapa staf Zola memberitahu bahawa bos mereka telah memberi indikasi yang dia akan mengumumkan peletakan jawatannya sebaik sahaja selesai perlawanan terakhir dengan Manchester City pada 9 Mei ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel