Bayern Munich Langkah ke Final Penuh Bergaya Tapi Kehilangan Ribery - Sukan | mStar

Bayern Munich Langkah ke Final Penuh Bergaya Tapi Kehilangan Ribery

Lyon 0 Bayern Munich 3 (Olic 26, Olic 66, Olic 77)

BAYERN Munich menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Eropah dengan penuh bergaya apabila mereka menewaskan Lyon 3-0 di tempat lawan sekaligus mencatatkan kemenangan agregat 4-0.

Hero Bayern dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi ialah penyerang Croatia Ivica Olic yang menjaringkan ketiga-tiga gol tersebut.

Olic menyifatkan prestasinya dalam perlawanan itu sebagai yang terbaik pernah ditunjukkannya sepanjang karier beliau sebagai pemain profesional.

Manakan tidak. Jaringan hatriknya telah membawa Bayern Munich ke perlawanan akhir untuk pertama kalinya sejak 2001.

"Untuk menang sudah cukup mengujakan tetapi untuk menjaringkan tiga gol dalam peringkat ini tidak mungkin akan dapat saya lupakan," ujarnya.

Bagaimanapun kegirangan Bayern telah dicemari dengan berita daripada Ibu Pejabat UEFA yang memutuskan untuk mengantung penyerang mereka Franck Ribery tiga perlawanan yang akan menyaksikan pemain itu terlepas bermain dalam perlawanan akhir nanti.

Ribery digantung sebanyak tiga perlawanan kerana telah mengasari pemain Lyon pada perlawanan pertama separuh akhir Rabu lepas.

Lyon: Hugo Lloris, Cristiano Gomez Cris, Jean-Alain Boumsong, Anthony Reveillere, Aly Cissokho (Bafetimbi Gomis, 46), Michel Bastos, Jean Makoun, Cesar Fabian Delgado (Miralem Pjanic, 67), Maxime Gonalons, Lisandro Lopez (Honorato Campos Ederson, 79), Sidney Govou.

Bayern Munich: Hans-Jorg Butt, Daniel van Buyten (Martin Demichelis, 46), Philipp Lahm, Diego Contento, Holger Badstuber, Hamit Altintop, Arjen Robben (Miroslav Klose, 76), Mark van Bommel, Bastian Schweinsteiger (David Alaba, 79), Ivica Olic, Thomas Muller.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Ribery Umum Keputusan 10 Hari Lagi

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain