suria

Proton Jadi Penaja Utama Kejohanan Piala Thomas/Uber

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd (Proton) menjadi penaja utama pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Piala Uber di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, dari 9 hingga 16 Mei ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, semalam mengumumkan bahawa pihaknya bangga untuk bergabung dengan sukan badminton yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

"Peluang menjadi penaja utama untuk kejohanan paling berprestij itu merupakan proses penjenamaan yang sesuai," katanya pada majlis pengumuman tajaan dan penyampaian kereta rasmi di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, dekat sini semalam.

Syed Zainal Abidin menjelaskan sebagai penaja utama, mereka bertanggungjawab membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan sebaik mungkin.

Pada majlis itu, laman web rasmi Piala Thomas dan Piala Uber dilancarkan dengan alamat www.thomasuberkl2010.com.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan naib presiden BAM Datuk Mohamad Al-Amin Abdul Majid. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain