suria

Masa Depan Ballack Bersama Chelsea Samar

LONDON: Michael Ballack mengakui bahawa masa depannya bersama Chelsea masih samar memandangkan semua perbincangan kontrak disekat.

Kontrak pemain kebangsaan Jerman itu akan berakhir pada penghujung musim ini dan dia boleh meninggalkan Stamford Bridge secara perpindahan percuma.

Ballack berharap untuk memperbaharui kontrak selama dua tahun bersama Chelsea tetapi pemilik The Blues, Roman Abramovich enggan berbincang mengenai tawaran kontrak baru sehingga kempen musim ini melabuhkan tirainya.

Laporan itu menarik perhatian beberapa kelab mengenai kedudukan Ballack dan bekas Pengurus Chelsea, Jose Mourinho dikatakan berminat untuk membawa masuk pemain tengah itu ke Inter Milan.

Ballack tidak begitu bimbang mengenai situasinya kerana ada beberapa pemain lain turut menerima nasib sepertinya.

"Tiada sebarang perbincangan kontrak dengan Abramovich buat masa ini. Terdapat beberapa bintang lain di Chelsea berada dalam situasi sama," katanya.

Menurutnya, Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti juga tidak tahu apa-apa.

Ballack kini berasa tenang mengenai kedudukannya dan mahu mengekalkan corak permainan pada tahap terbaik untuk tempoh dua tahun lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain