suria

Nur Amirah Sedang Kejar Gelaran Juara Dunia

LANGKAWI: Pelayar pelapis kebangsaan, Nur Amirah Hamid sedang mengejar untuk menjadi juara dunia setelah memiliki kedudukan terbaik pada Kejohanan Laser 4.7 Remaja Dunia 2010 kategori wanita.

Kejohanan berlangsung di Royal Varuna Yacht Club, Pattaya, Thailand dari 2 hingga 9 April ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia, Mohd Afendy Abdullah memberitahu Bernama, Nur Amirah setakat ini menduduki tangga kedua selepas menamatkan enam perlumbaan.

"Beliau sedang memberi saingan hebat kepada pelayar Australia, Lane Ashlie yang masih menjadi pendahulu kelas," katanya.

Sebelum ini Nur Amirah turut cemerlang mememangi pingat perak pada Kejohanan Perahu Layar Laser Asia Pasifik di Pattaya, Thailand bulan lepas.

Malaysia menghantar tiga pelayar di kejohanan remaja dunia itu yang disertai 116 pelayar berumur antara 12 hingga 18 tahun daripada 26 negara. - BERNAMA

Artikel Lain