Malaysia Punya Pemain Boling Padang Bertaraf Dunia - Sukan | mStar

Malaysia Punya Pemain Boling Padang Bertaraf Dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai pemain lelaki nombor satu dunia dalam acara boling padang, namun sukan ini didakwa seakan dianaktirikan apabila kurang mendapat perhatian daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Naib presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) Azizan Mohd Zain berkata selain Safuan Said yang bergelar pemain lelaki nombor satu dunia, Malaysia juga mempunyai pemain wanita, Siti Zalina Ahmad yang menduduki ranking keempat pemain wanita dunia. "Namun acara boling padang tidak sepopular sukan lain. Kalau badminton mempunyai pemain nombor satu dunia (Datuk Lee Chong Wei), skuasy ada Datuk Nicol David, berbasikal ada Azizul Hasni Awang dan Anuar Manan, boling padang juga ada Safuan dan Siti Zalina," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Azizan mengaku walaupun MSN memberi bantuan sepenuhnya kepada PLBM serta menyenaraikan Safuan dan Siti Zalina dalam Program elitnya, PLBM merasakan promosi untuk mempopularkan sukan itu masih kurang.

Beliau mendakwa MSN sepatutnya bertindak lebih pro-aktif untuk mempopularkan sukan itu terutama di peringkat akar umbi supaya setanding sukan lain yang mempunyai atlet kelas terbaik dunia.

Beliau berkata Malaysia bukan sahaja mempunyai pemain dan jurulatih boling padang yang bertaraf dunia tetapi Malaysia juga berada dalam ranking ketiga terbaik dunia.

Negara luar seperti India dan Brunei, katanya turut meminta khidmat jurulatih tempatan untuk melatih pasukan negara mereka.

"PLBM masih menimbang permohonan itu kerana tumpuan persekutuan masa kini ialah melatih lebih ramai pemain tempatan," katanya.

Skuad PLBM kini terdiri daripada Skuad Elit, Skuad Pelapis (Gemilang Bawah 21 Tahun) dan Skuad Tunas Harapan (Bawah 12 Tahun). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A Itali

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain