suria

Juara Sukan Wakeboard Asia Beraksi Di Putrajaya Esok

KUALA LUMPUR: Juara Wakeboard Asia Persekutuan Antarabangsa Peluncur dan Wakeboard 2009 Padiwat Jaemjan dari Thailand akan membuat penampilan istimewa pada pusingan pertama kejohanan Peluncur dan Wakeboard Malaysia 2010.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Peluncur Malaysia (MWSP) Phillipa Yoong berkata Padiwat, 21, yang juga dikenali sebagai "Bomb" akan mempamerkan dua demonstrasi pada pertandingan dua hari yang akan bermula esok di Kompleks Sukan Air di Putrajaya.

Bomb, yang juga pemenang pingat gangsa pada Sukan Dunia 2009 juga akan meluangkan masa melatih remaja Malaysia dalam sukan itu.

"Kami berbesar hati kerana Bomb dapat meluangkan masanya walaupun mempunyai jadual ketat bagi penyertaan dalam sukan itu di seluruh dunia selain dengan komitmenya sebagai jurulatih di Pusat Wakeboard Bangkok.

Katanya remaja di sini yang baru sahaja menyertai sukan wakeboard ini setahun lalu begitu bersemangat apabila mendengar kehadiran Bomb dan menantikan kemunculannya untuk belajar dengan bintang sukan yang berada pada kedudukan 10 teratas di dunia.

Sementara itu, Yoong berkata 51 peserta dari sembilan negara termasuk 23 pemain wakeboard dan waterski akan berentap dalam pertandingan yang diadakan setiap tahun.

Enam acara termasuk mini slalom, terbuka slalom, wakeboard novis dan terbuka wakeboard dipertandingkan dalam pertandingan yang turut disertai peserta dari Singapura, Indonesia, Hong Kong, Peranic, Jerman, Switzerland dan New Zealand. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain