suria

Mohd Farkhan Bakal Jalani Latihan Di Cuba

KUALA LUMPUR: Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) mahu menghantar petinju negara, Mohd Farkhan Mohd Haron untuk menjalani latihan di Cuba sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India Oktober ini.

Setiausaha Agungnya, Mejar Maulud Othman berkata latihan di Cuba itu penting memandangkan PTAM menasasarka pingat emas ataupun gangsa di temasya tersebut.

Katanya, PTAM bercadang untuk menumpangkan Mohd Farkhan bersama pasukan tinju Thailand yang juga akan berlatih di Cuba.

Maulud memberitahu Bernama bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) telah merestui cadangan tersebut dan sekiranya tidak menghadapi sebarang halangan, Mohd Farkhan akan mula berlatih di Cuba seawal Jun.

"Saya harap Mohd Farkhan dapat menimba sesuatu yang baru di Cuba nanti," katanya.

Pada temasya Sukan SEA Laos 2009, Mohd Farkan berjaya menamatkan kemarau selama 42 tahun negara untuk memenangi pingat emas.

Pada Sukan Komanwel pula, Malaysia kali terakhir memperolehi pingat emas di Sukan Komanwel, Kuala Lumpur pada 1998 menerusi Sapok Biki.

Artikel Sebelum

Kedudukan Liga Sepanyol

Artikel Berikut

Artikel Lain