suria

Liverpool bangkit tewaskan Lille 3-0

LIVERPOOL: Penyerang Liverpool, Fernando Torres menjaringkan dua gol penting bagi melayakkan Liverpool ke suku akhir Liga Europa selepas menang 3-0 ke atas Lille di Anfield, awal pagi tadi.

Kekalahan The Reds pada perlawanan pertama (0-1) di tempat lawan berjaya ditebus menerusi jaringan pembukaan pada minit kesembilan oleh Steven Gerrard dan diikuti dua gol Fernando Torres yang memberikan keputusan agregat 3-1.

“Reaksi yang ditunjukkan pasukan pada dua perlawanan terakhir kami amat menakjubkan. Ia amat penting bagi kami apabila bertandang ke Old Trafford bertemu Manchester United dalam kempen Liga Perdana Inggeris, Ahad ini, ” kata Gerrard. - AP

Artikel Lain