suria

Keputusan Liga Perdana Inggeris

LONDON: Liverpool kembali menyengat apabila menundukkan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Portsmouth 4-1 untuk kembali bersaing merebut tempat keempat liga pada perlawanan awal pagi tadi.

Penyerang Fernando Torres meledak dua gol, manakala pemain AS Roma dari Itali, Alberto Aguilani menyumbat gol pertamanya di Anfield.

Pemain antarabangsa Belanda, Ryan Babel memastikan gol keempat Liverpool manakala Portsmouth memperoleh gol saguhati menerusi Nadir Belhadj.

Dengan keputusan itu Liverpool kini di tangga kelima dengan 51 mata di belakang Tottenham Hospurs. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain