suria

Liverpool ditundukkan Lille 1-0

LONDON: Kelab Perancis, Lille telah menewaskan juara Eropah lima kali, Liverpool pada saingan pertama 16 pasukan terakhir Piala Europa, awal pagi tadi.

Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada pengurus, Rafa Benitez untuk peroleh satu-satunya trofi harapan musim ini.

Awal minggu ini juga Liverpool kalah mengejut kepada Wigan pada saingan liga Inggeris.

Gol tuan rumah diperoleh menerusi pemain remaja Belgium, Hazard kira-kira lima minit permainan hendak tamat. - Agensi

Artikel Lain