suria

Badminton: Teik Chai-Bin Shen Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain Malaysia Gan Teik Chai- Tan Bin Shen mara ke suku akhir bergu lelaki Kejohanan Badminton All England, di National Indoor Arena, Birmingham hari Khamis.

Pasangan nombor 15 dunia itu menumpaskan pasangan no 27 dunia Chai Biao-Zhang Nan dari China 21-8, 23-21 dalam masa 39 minit.

Pasangan Malaysia akan berdepan dengan regu handalan nombor 10 dunia Lars Paaske-Jonas Rasmussen dari Denmark esok.

Terdahulu, dalam perseorangan lelaki, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menumpaskan pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro 21-11, 21-17 bagi menempah tempat di suku akhir.

Lee akan melalui jalan mudah untuk ke separuh akhir esok ekoran penentangnya adalah pemain bukan pilihan (nombor 49 dunia) Shon Wan Ho dari Korea Selatan. - BERNAMA

Artikel Lain