suria

Man Utd belasah AC Milan 4-0

LONDON: Manchester United mencipta kemenangan bergaya 4-0 ke atas AC Milan dari Itali pada saingan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi.

Ia sekali gus melayakkan United yang kini turut mengiring satu lagi kelab Inggeris, Arsenal ke suku akhir dengan agregat kemenangan 7-2. Sebelum ini, United mengejutkan Milan di tempat lawan dengan kemenangan 3-2.

Wayne Rooney menjaringkan dua gol pada minit ke-13 menerusi tandukan hasil hantaran lintang Velencia dan disusuli pada minit ke-46.

Dua lagi gol United menerusi pemain Korea Selatan, Park Ji Sung pada minit ke-59 dan Darren Fletcher pada minit ke-88.

United ternyata mendominasi permainan seawal minit pertama menerusi serangan pantas rangkaian penyerang Rooney, Park dan Nani.

Milan yang hilang sentuhan gagal mengasak sebaliknya lebih kepada corak bertahan. -AP

Artikel Lain