suria

Lyon singkir Real Madrid

LONDON: Jaringan Cristiano Ronaldo seawal permainan gagal memberi kemenangan kepada Real Madrid, sebaliknya tersingkir selepas keputusan seri 1-1 pada pertemuan kedua Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Bernabeu, Madrid, awal pagi tadi.

Ronaldo yang menjadi pemain termahal musim ini, menggegarkan stadium tuan rumah menerusi sepakan cantik pada minit ke-6 hasil hantaran Guti.

Bagaimanapun, Real dikejutkan apabila Miralem Pjnic membolosi gawang pada minit ke-75 untuk menjadikan kedudukan terikat 1-1 sehinggalah tamat permainan.

Dengan keputusan itu, Real tersingkir menerusi agregat 2-1 yang memihak kepada Lyon.

Lyon sebelum ini menang di tempat sendiri dengan 1-0. - AP

Artikel Lain