suria

Pasukan Porsche Kuasai Hari Terakhir LTdL 2010

KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Porsche, Stuart Shaw menjuarai peringkat terakhir perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dari Kuala Kubu Baru ke Dataran Merdeka sejauh 133.7km hari ini.

Pelumba pasukan Isd-Neri, Jose Rujano Guillen pula muncul sebagai juara individu keseluruhan (jersi kuning).

Anuar Manan yang mewakili pasukan Geumsan Asia pula menjadi pelumba tempatan pertama memenangi jersi hijau (Raja Pecut) dalam sejarah LTdL yang dianjurkan sejak 1996. - BERNAMA

Artikel Lain