suria

CCN International Taja Lotus Racing

PETALING JAYA: CNN International mengumumkan satu urus janji mengenai tajaan dengan pasukan Formula One Malaysia - Lotus Racing.

Logo yang mewakili rangkaian berita tersebut akan dipromosikan pada kereta lumba T127 serta semua pakaian pemandu dan ahli pasukan Lotus.

Naib Presiden Kanan CNN International (Pengiklanan dan Jualan), Rani Raad berkata, perkongsian unik dengan CNN International akan membawa CNN International kepada satu era baru pemasaran dan promosi.

Prinsipal pasukan Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes berkata pasukan itu berasa bangga bekerjasama dengan CNN International.

Artikel Lain