suria

N. Semvbilan Tewaskan Polis 5-0

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan membelasah Polis 5-0 pada perlawan Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi malam ini, sekaligus mencatat kemenangan dengan agregat 8-2 dan layak ke perlawanan kedua pusingan kedua.

Negeri Sembilan yang merupakan juara Piala Malaysia, memulakan pesta jaringan melalui Mohd Zaquan Abdul Radzak pada minit kesembilan, diikuti Shahurain Abu Samad (minit ke-27), dan Rezal Zambery Yahya (minit ke-45).

Negeri Sembilan menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua melalui Firdaus Azizul (minit ke-55) dan Mohd Asyraf Ai-Japri (minit ke-71).

Pada pertemuan pertama, N.Sembilan menewaskan Polis 3-2.

Pasukan lain yang turut layak ialah Selangor, Pos KL, KL Plus, T-Team, Terengganu, Pahang UiTM, dan Kedah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Madrid Benam Villareal 6-2

Artikel Berikut

Artikel Lain