suria

Sayap Depan Lotus T127 Rosak Ketika Ujian Di Jerez

KUALA LUMPUR: Jentera pasukan Lotus F1 Racing, T127 terpaksa menunggu alat ganti selepas pemandu Heikki Kovalainen terbabas dan menyebabkan kerosakan di sayap depan jentera itu sewaktu ujian hari kedua di litar Jerez di Sepanyol pada Khamis.

Berikutan ketiadaan alat ganti di litar itu, pasukan Lotus F1 terpaksa berehat pada sepanjang sesi itu dan mengesahkan mereka akan menukar enjin menjelang langkah-langkah keselamatan pada Jumaat.

Menjadi pelumba pertama di litar tepat pukul 9 pagi, Kovalainen dari Finland kembali ke pit selepas 30 pusingan setelah terbabas, menyebabkan pasukan itu terpaksa menamatkan ujian hari ini lebih awal, dengan catatan satu minit 33.554 saat untuk pusingan kedua terpantasnya di atas litar yang basah.

Sewaktu sesi itu, Williams-Toyota menerusi pemandunya Rubens Barricello menduduki kedudukan teratas senarai 12 pasukan, dengan catatan pusingan terpantas 1:27.145s.

Ketua Pegawai Teknikal Lotus F1 Racing, Mike Gascoyne berkata, agak malang masalah kekurangan alat ganti menyebabkan tidak banyak ujian pusingan dapat dijalankan hari ini tetapi nasib baik alat ganti itu akan tiba sebelah petang.

"Ketika ini kita menangani beberapa isu utama tentang keupayaan jentera sejak ujian sebelum ini dan jentera bergerak dengan sangat lancar," katanya.

Sementara itu, Kovalainen: " Apa yang saya rasakan jentera itu bagus - secara asasnya ia baik. Saya kecewa aksi hari ini berakir terlalu awal, tetapi saya yakin dengan pasukan ini dan saya menanti untuk kembali beraksi hari ini."

Ketua pasukan, Datuk Seri Tony Fernandes menyaksikan sesi ujian di Jerez itu buat pertama kali untuk melihat aksi Lotus Racing Team dan berasa yakin dengan kemampuan pasukan itu.

"Masih dianggap hari yang baik jika dilihat dalam banyak perkara. Anda mendapat yang baik dan yang teruk, dan ia satu realiti tetapi secara keseluruhannya saya gembira. Pasukan ini sangat bersemangat, moralnya yang tinggi tetapi malang Heikki terbabas, ini biasa berlaku," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain