Pasukan Lotus 1Malaysia F1 Team Racing Lakukan Pandu Uji Di Jerez - Sukan | mStar

Pasukan Lotus 1Malaysia F1 Team Racing Lakukan Pandu Uji Di Jerez

KUALA LUMPUR: Pemandu pasukan Lotus 1Malaysia F1 Team, Heikki Kovalaine buat julung kalinya melaksanakan tugasnya memandu uji kereta Lotus Cosworth T127 menggunakan tayar sesuai dan menamatkan 68 pusingan di litar Sepanyol di Jerez di Sepanyol pada Jumaat.

Pemandu berumur 29 tahun dari Finland itu melakukan uji pandu itu selepas hujan lebat pada malam sebelumnya yang menyebabkan batu-batu kecil berselerakan di atas jalan-jalan raya di kawasan itu, dan mengakibatkan perjalanan untuk keluar masuk ke litar itu begitu mencabar.

Sementara itu, Mike Gascoyne, Ketua Pegawai Teknikal pasukan itu dalam ulasannya berkata uji pandu pada Jumaat berjalan lancar.

"Kami menghadapi sedikit masalah dengan "clutch sensor" pada pagi semalam tetapi kami mahu menunggu sehingga keadaan di litar kering. Kami menumpukan pada jangka hayatnya dan mula melakukannnya dengan dua jenis tayar, yang kami tidak dapat lakukannya sebelum ini, jadi secara keseluruhannya kemajuan yang dicapai adalah baik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan itu pada Sabtu.

Jarno Trulli dari Itali akan mengambil alih uji pandu pada hari terakhir hari ini sebelum pasukan itu berlepas ke Barcelona bagi uji pandu terakhir F1 sebelum musim perlumbaan bermula pada Mac di Bahrain.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain