suria

Liverpool Menang Tipis

PARIS: Liverpool memulakan kempen liga dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara Romania, Unirea Urziceni dalam perlawanan pertama pusingan 32 pasukan pagi tadi.

Liverpool yang merupakan juara Eropah sebanyak lima kali itu gagal menyempurnakan peluang sebelum David Ngog menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81.

Tandukan dari jarak dekat selepas hantaran Ryan Babel dikembalikan Dabiel Pacheco untuk memberi pasukan lawan kelebihan tipis sebelum perlawanan kedua pada 25 Februari.

Sementara itu, juara bertahan Piala UEFA, Shakhtar Donetsk tewas mengejut 2-1 kepada Fulham selepas rembatan kencang ke penjuru kanan gawang oleh Bobby Zamora pada minit ke-63 yang merupakan gol kemenangan. Rom pula yang merupakan gergasi Serie A, tewas 3-2 kepada pasukan dari Greek Panathinaikos.

Pasukan tuan rumah itu dua kali ketinggalan tetapi menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi Lazaros Hristodoulopoulos sebelum bekas penyerang Liverpool, Djibril Cisse merembat gol kemenangan seminit sebelum permainan tamat.

Terdahulu, dua gol daripada penyerang Brazil, Amauri memberi Juventus kemenangan berharga 2-1 ke atas Ajax di Amsterdam. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain