suria

Lotus F1 Racing Ligat Di Hari Pertama Uji Pandu

KUALA LUMPUR: Meskipun berhadapan dengan beberapa masalah kecil, pasukan Formula One (F1) Malaysia, Lotus F1 Racing, dengan pemandu ketiga Fairuz Fauzy berjaya melakukan uji pandu hari pertama di Litar Jerez pada Rabu.

Fairuz, pemandu kelahiran Malaysia, pada mulanya menghadapi masalah dengan stering berkuasa jentera itu berikutan isu pembekalan, menamatkan 76 pusingan tanpa masalah sekaligus menamatkan pemanduan sejauh 300km yang diperlukan untuk memperoleh Lesen Super daripada Federation of International Automobile (FIA).

Fairuz berkata, beliau gembira dengan pengalaman hari pertama memandu jentera Lotus Cosworth T127.

"Ia merupakan satu cabaran besar, kedua-duanya untuk menamatkan pemanduan sejauh 300km yang diperlukan bagi memperoleh Lesen Super dan dengan ketiadaan stering berkuasa adalah sukar untuk memandu dalam keadaan kering, tidak begitu sukar dalam keadaan basah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne berkata, isu stereng berkuasa itu akan diatasi hari ini dan pasukan kini sibuk mempersiapkan jentera bagi ujian kedua pada Khamis.

"Dengan jentera yang tiada masalah besar dalam isu reliabiliti dan hanya beberapa gangguan seperti masalah enjin cepat panas yang berjaya diatasi segera, jentera meluncur tanpa masalah," katanya.

Pemandu utama pasukan dari Finland, Heikki Kovalainen akan mengambil alih tugas pada dua hari uji pandu berikutnya iaitu pada Khamis dan Jumaat sebelum Jarno Trulli dari Itali turut serta pada Sabtu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain