Juara Bertahan Selangor Selesa, Kelantan Sekadar Seri - Sukan | mStar

Juara Bertahan Selangor Selesa, Kelantan Sekadar Seri

KUALA LUMPUR: Selangor berada di landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila menewaskan Selangor PKNS 2-0 pada perlawanan pertama, pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam ini.

Skuad bimbingan jurulatih K.Devan itu bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit-minit akhir permainan pada separuh masa pertama walaupun mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol awal.

Farderin Kadir berjaya meledak gol pertama untuk skuad 'The Red Giants' pada minit ke-43 sebelum R.Surendren menambah gol kedua pada minit ke-88 pada separuh masa kedua untuk keputusan penuh 2-0.

Nasib berbeza pula dialami naib juara Piala FA musim lepas, Kelantan yang sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan berstatus kelab, T-Team terikat 1-1 menentang Perak.

Perak yang mendahului kedudukan hasil jaringan Azmeer Yusof pada minit ke-75 bagaimanapun lima minit kemudian penyerang T-Team, Mohd Harris Safwan Kamal meledak gol penyamaan.

Sementara itu, tiga jaringan pemain bawah 23 tahun kebangsaan pula memastikan kemenangan 3-2, Negeri Sembilan ke atas PDRM yang bertindak selaku tuan rumah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dua gol disumbangkan oleh Mohd Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-25 dan 74 manakala S.Kunalan pada minit ke-70, manakala dua gol PDRM dijaringkan oleh Eddy Gapil pada minit ke-30 dan S.Harivarman melalui sepakan penalti pada minit ke-82.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah terpaksa tunduk kepada kekuatan Terengganu yang menang dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Joseph Kalang Tie (m-60) dan Abdul Manaf Mamat (m-78).

Perlawanan timbal balik pusingan kedua akan berlangsung pada Sabtu ini bagi mencari lapan pasukan terbaik untuk mara ke peringkat suku akhir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain