Dua Hero Tua Jadi Inspirasi Buat Kelab Masing-Masing - Sukan | mStar

Dua Hero Tua Jadi Inspirasi Buat Kelab Masing-Masing

Ronaldinho
Ronaldinho

DUA ORANG hero tua dalam dua liga yang berasing dan kini diketepikan oleh skuad negara masing-masing mempamerkan aksi cemerlang dan luar biasa dengan menjadi sumber inspirasi untuk kelab mereka mencatat kemenangan semalam.

Di ROME, walaupun dilanda kekecewaan kerana disebalik aksi cemerlangnya bersama skuad AC Milan, Ronaldinho masih diketepikan oleh skuad negaranya Brazil, tetapi semalam, pemain berbakat semulajadi itu membiarkan kakinya melakukan percakapan.

Gerakan magiknya di atas padang - satu daripadanya menerusi sepakan percuma - telah membantu Klaas-Jan Huntelaar menjaringkan dua gol bagi membolehkan Milan menewaskan kelab tercorot Udinese 3-2.

Sebelum itu, hantaran bijak Ronaldinho kepada rakan senegaranya Pato telah membuka laluan untuk penyerang Brazil itu menyumbatkan gol tetapi telah dibatalkan kerana off-side.

Tetapi kombinasi Ronaldinho-Pato sekali lagi menghasilkan gerakan satu sentuhan yang menyaksikan Pato berjaya meloloskan bola ke gawang lawan untuk gol kedua Milan.

Kemenangan tersebut membolehkan Milan menduduki tangga kedua liga di belakang musuh tradisi Inter Milan yang mendahului liga dengan 53 mata berbanding 45 oleh Milan.

Di BERLIN pula, seorang lagi hero tua - bekas pemain Man Utd dan Real Madrid, Ruud Van Nistelrooy yang baru sahaja berpindah ke kelab Hamburg turut membuktikan umur bukanlah ukuran untuk beraksi cemerlang.

Sepanjang musim ini, Nistelrooy hanya memanaskan bangku simpanan Real selepas pulih dari kecederaan apatah pula dengan kehadiran Ronaldo dan Kaka, peluangnya untuk beraksi semakin tipis.

Namun pada perlawanan keduanya bersama Hamburg semalam, Nistelrooy telah menjaringkan dua gol dalam tempoh selang dua minit untuk membantu kelab barunya itu menewaskan Stuttgart 3-1.

Nistelrooy meninggalkan Real Januari baru-baru ini secara percuma kerana kontraknya bersama gergasi Sepanyol itu telahpun tamat.

Kedua-dua hero tua dari Brazil dan Belanda itu telah melakukan sesuatu yang luar biasa dalam usaha mereka untuk kembali menyarung jersi kebangsaan menjelang Piala Dunia Julai depan.

Namun di sebalik aksi cemerlang itu, mereka masih lagi diketepikan oleh jurulatih kebangsaan masing-masing.

Salah satu sebab utama mengapa ini terjadi adalah kerana jurulatih tidak mahu menjejaskan kombinasi pemain-pemain regular yang telah sekian lama bergandingan bersama dalam pra kelayakan Piala Dunia.

Tetapi siapa tahu, kecederaan pada pemain regular dan tekanan peminat mungkin akan mengubah senario semasa dan fikiran jurulatih kebangsaan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Jadual Perlawanan Serie A Itali

default image

Keputusan Liga Itali

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain