suria

Saha Ledakkan Dua Gol Benam Chelsea

LIVERPOOL: Jaringan dua gol oleh Louis Saha berjaya membenamkan pasukan Chelsea walaupun tendangan penalti gagal disempurnakan di Goodison Park.

John Terry yang kini berdepan dengan pelbagai masalah berikutan dakwaan hubungan sulitnya dengan bekas teman wanita bekas rakan sepasukannya, Wayne Bridge terdedah kini semakin terbeban dengan kebangkitan Everton.

Saha mencemerlang menjaringkan dua gol itu dan mengurangkan kelebihan Chelsea di puncak liga kepada hanya satu mata.

Pada minit ke-33, Saha berjaya membolosi kekangan Terry untuk menanduk masuk bola bagi menyamakan kedudukan selepas Chelsea mendahului menerusi Florent Malouda.

Penyerang Perancis itu kemudian bangkit daripada kegagalan menyempurnakan sepakan penalti untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-75 selepas Terry gagal memintas hantaran jauh Leighton Baines. - AFP

Artikel Lain