suria

Manchester United Gagal Dahului Liga

BIRMINGHAM: Pasukan Manchester United gagal mencuri peluang memotong pasukan Chelsea bagi merebut takhta pendahulu liga apabila hanya seri 1-1 dengan Aston Villa awal pagi tadi.

Dengan keputusan itu Chelsea masih lagi di depan dengan pungutan 58 mata, iaitu berbeza hanya satu mata dengan Manchester United.

Pada perlawanan tersebut, Villa memperoleh gol awal pada minit ke-19 menerusi hantaran lintang pemain sayap England, Stewart Downing yang disempurnakan dengan tandukan kemas Carlos Cuellar.

Empat minit kemudian, Manchester United menyamakan kedudukan hantaran lintang Nani ditendang Ryan Giggs sebelum ditampan pemain Villa, James Collins yang berkesudahan dengan gol sendiri.

United yang perlu menang bagaimanapun tersentak apabila Nani dibuang padang kerana kad merah selepas mengkasari Stiliyan Petrov. - Agensi

Artikel Lain