suria

Robbie Keane Tinggalkan Spurs Untuk Celtic

LONDON: Ketua pasukan Tottenham Hotspurs, Robbie Keane menyertai pasukan Celtic secara pinjaman sehingga akhir musim ini - menamatkan segala spekulasi mengenai masa depannya bersama kelab Inggeris itu.

Celtic adalah pasukan yang dipuja oleh Keane semasa kecil dan kejayaan Celtic mendapatkan khidmatnya bakal menyaksikan penyerang itu digandingkan dengan rakan senegaranya, Aiden McGeady.

Kedua-dua penyerang itu berasal dari Republic of Ireland.

Perpindahan itu juga bakal menyaksikan Keane diturunkan dalam perlawanan Celtic menentang Kilmarnock esok.

Artikel Lain