suria

Wilayah Persekutuan Sasar Tempat Ketiga Sukma 2010

PUTRAJAYA: Kontinjen Wilayah Persekutuan meletakkan sasaran tempat ketiga secara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2010 di Melaka, Jun ini, selepas memperoleh tempat kelima pada temasya lepas di Terengganu, dua tahun lepas.

Timbalan Pengerusi II, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, kontinjen itu perlu mengatasi pencapaian 29 pingat emas di Terengganu dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.774 juta kali ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan peralatan kepada persatuan sukan dan insentif kepada jurulatih dan atlet di sini hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.055 juta disalurkan bagi penyediaan bantuan peralatan sukan, RM234,300 bagi jurulatih sepenuh masa dan RM485,000 bagi persediaan atlet elit.

"Kami melihat ada peluang bagi pingat emas untuk acara memanah, karate, renang dan gimrama," kata Ahmad Phesal yang juga Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Azizulhasni Kini Bergelar Suami

Artikel Lain