suria

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Peruntukkan RM1.7 Juta Hadapi Sukma

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan menyediakan peruntukan mencecah RM1.7 juta sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka yang akan diadakan dari 10 hingga 19 Jun ini.

Peruntukan itu membabitkan pembelian peralatan, sumbangan insentif kepada atlet dan pelantikan jurulatih sepenuh masa kepada pasukan-pasukan sukan.

"Atlet-atlet Wilayah Persekutuan telah memulakan latihan secara terancang sejak April tahun lepas bagi menghadapi temasya sukan dwi tahunan itu," menurut kenyataan majlis itu di sini, hari ini.

Katanya, peruntukan kewangan itu merupakan langkah proaktif majlis bagi meningkatkan prestasi para atlet Wilayah Persekutuan supaya lebih fokus dalam menjalani latihan.

"Dengan pelaksanaan menyeluruh dan sistematik, ia akan mewujudkan kerjasama yang erat antara pihaknya dengan persatuan, jurulatih dan atlet itu sendiri," katanya.

Temasya sukan itu akan mempertandingkan 18 sukan wajib seperti bola sepak, hoki, memanah dan sepak takraw manakala bola jaring, ping pong dan tinju antara 16 sukan pilihan yang disenaraikan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Azizulhasni Kini Bergelar Suami

Artikel Lain