suria

Terry Yakin Kehadiran Drogba buat lawan lebih tertekan

LONDON: Kapten kelab Chelsea, John Terry, percaya kehadiran Didier Drogba yang kembali daripada tugasan Kejohanan Negara-Negara Afrika hujung minggu ini akan mengukuhkan cengkaman pasukan itu pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini skuad dibawah pimpinan Carlo Ancelotti itu dilihat kehilangan momentum perlawanan sepanjang Disember lalu namun positif mereka akan kembali menjadi pesaing sengit kepada pihak lawan.

Kemenangan 3-0 Chelsea terhadapa Brimingham pertengahan minggu lalu, telah menjulang kembali pasukan itu ke persada liga dan Terry percaya perlawanan pada hujung minggu ini akan memberi saingan kepada pasukan lawan seperti Manchaster United dan Arsenal.

Walaupun Chelsea berada di zon bahaya ketika berkunjung ke Burnley selepas kalah kepada Bolton, apa yang pasti dengan Arsenal menanti United di stadium Emirates esok, sudah pasti satu atau kedua-dua kelab itu akan tercicir mata dan akan memberi peluang kepada Chelsea untuk mengejar.

"Kami perlu menang. Apabila menetang Arsenal pada Februari nanti beserta kemenangan ke atas Burnley serta Hull minggu depan, akan membuka ruang selesa buat kami. Kami cuma perlu berusaha lebih gigih," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain