KEMAMAN: Kuala Lumpur dan bandaraya Buenos Aires, Argentina, mempunyai peluang sama rata untuk menjadi tuan rumah bagi Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 2013, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.Katanya Kuala Lumpur mempunyai pengalaman menganjurkan banyak persidangan antarabangsa dan mempunyai pusat konvensyen bertaraf dunia. Selain itu, katanya, Malaysia mampu menganjurkan banyak aktiviti sukan serta mempunyai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa di samping rakyatnya mampu bertutur dalam bahasa Inggeris."Negara akan memperoleh banyak kelebihan dari segi pelancongan dan pelaburan jika Malaysia berjaya dipilih menjadin tuan rumah Kongres IOC 2013 nanti," kata kepada pemberita selepas majlis UMNO Juara Rakyat peringkat Parlimen Kemaman di sini hari ini.Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini. Selain membida Kongress IOC 2013, Malaysia turut membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2019.Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan membuat pembentangan semasa sesi IOC di Vancouver, Kanada, pada 10 Februari ini sebelum 115 anggota IOC mengundi untuk memilih tuan rumah Kongres IOC 2013. -BERNAMA