suria

Mesir Tidak Getir Bertemu Ghana Di Peringkat Akhir

BENGUELA: Selepas membelasah musuh tradisi Algeria 4-0 awal pagi semalam, Mesir akan bertemu dengan Ghana pada final Piala Negara-Negara Afrika 2010.

Bagi pasukan Ghana, ini adalah aksi pertama mereka pada final setelah gagal menempatkan diri dalam tempoh 18 tahun.

Pasukan itu membelasah Nigeria 1-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Luanda sebelum layak ke final menentang Mesir.

Ironiknya, Mesir akan menentang Ghana dengan membawa rekod cemerlang 18 perlawanan tanpa kalah sebelum ini dan kapten pasukan Mesir, Ahmed Hassa menganggap pencapaian mereka pada kejohanan kali ini sebagai yang terbaik.

Ahmed yang tidak menyangka kemenangan besar dengan empat gol semasa menentang Algeria menyifatkan kemenangan itu sebagai tuah.

Mesir memperoleh gol pembukaan hasil jaringan Hosni Abd. Rabou pada minit ke-39 menerusi sepakan penalti.

Gol kedua pasukan itu pula dijaringkan oleh Mohamed Zidan pada minit ke-65 sebelum Mohamed Abdelshafi meledak gol ketiga sembilan minit sebelum perlawanan berakhir.

Mohamed Nagui mengesahkan kemenangan bergaya Mesir dengan gol keempat pada masa kecederaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain