suria

Pelayar Negara Sasar Ke Sukan Paralimpik London 2012

LANGKAWI: Lapan pelayar paralimpik negara sedang menjalani latihan intensif sejak April tahun lepas dengan meletakkan sasaran untuk layak ke temasya Sukan Paralimpik London 2012.

Pegawai pasukan pelayaran paralimpik negara, Eddika Putra Ibrahim, berkata, adalah menjadi harapan pelayar untuk menggalas cabaran Malaysia ke temasya di London, sekaligus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Bagi merealisasikan hasrat itu, skuad negara sedang mengikuti latihan di Lumut, Perak, sejak tahun lepas, katanya kepada Bernama pada Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2010 di sini hari ini.

Skuad paralimpik dengan enam pelayar buat pertama kali dijemput menyertai regata antarabangsa itu dengan pelayar Al Mustakim Matrin menjadi pendahulu acara paralimpik selepas empat perlumbaan semalam.

Eddika Putra berkata skuad itu juga akan menyertai pusingan kelayakan Sukan Paralimpik London 2012 di Madambik, Belanda, dari 8 hingga 18 Julai ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain