suria

Sah: Van Nistelrooy Sertai Hamburg Tolak Tottenham

HAMBURG: Kini sudah sah, bekas penyerang berbisa Manchester Utd dan Real Madrid, Ruud van Nistelrooy telah menyertai kelab Jerman, Hamburg dengan mengikat perjanjian satu setengah tahun.

Pengumuman tersebut yang dibuat oleh Hamburg turut melenyapkan segala spekulasi sejak seminggu yang lalu kononnya Van Nistelrooy, 33, sedang menimbang tawaran yang dibuat oleh Tottenham Hotspur dan juga West Ham.

Nasib Nistelrooy di Real menjadi terumbang ambing selepas kehadiran Christiano Ronaldo dan juga Kaka apatah lagi, ketika di Manchester Utd, Ronaldo lah yang menjadi punca dia dijual kepada Real Madrid.

Hubungan Nistelrooy dan Ronaldo menjadi dingin selepas mereka sering bercakaran pada sesi latihan.

Tetapi hubungan tersebut menjadi bertambah parah sejak Nistelrooy mengejek Ronaldo dengan membuat aksi kanak-kanak sedang menangis sejak bekas Penolong Pengurus United Carlos Quiroz yang juga berbangsa Portugis sepertimana Ronaldo meletakkan jawatan untuk menjadi pengurus Portugal.

Selepas insiden itu, Ferguson bertekad dia lebih bersedia kehilangan Nistelrooy daripada kehilangan Ronaldo.

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A Itali

Artikel Berikut

Artikel Lain